Jom Pakat ramai2...

Wednesday, October 27, 2010

"Aku adalah amanah Ilmu,  maka aku wajib membetulkan apa yang sepatutnya"


Aku adalah hamba Allah yang Maha Kuasa, maka aku wajib mematuhi segala perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya


Aku adalah umat Nabi Muhammad SAW, maka aku wajib mengaku baginda Rasulullah dan menghidupkan sunnahnya.

Aku adalah khalifah di bumi, maka aku wajib menjalankan tanggung jawabku kepada manusia selaras dengan perintah Allah


Aku adalah seorang Ibu, maka aku wajar membimbing suami dan anak-anak ku ke arah kebaikan dunia dan akhirat


Aku adalah seorang wanita, maka aku wajib menjadikan diriku seindah hiasan dunia


Aku adalah seorang anak, maka aku wajib mentaati ibu bapa ku selagi perintah itu tidak melanggar hukum syariat


Aku adalah seorang pelajar, maka aku wajib menimba ilmu dan menggunakan ke arah kebaikan serta menghormati guru


Aku adalah hamba ilmu, maka aku wajib menyampaikannya walau sekecil zarah


Aku adalah seorang pendidik, maka aku wajib membimbing murid-murid ku membina jati diri yang lebih baik dan kukuh


Wallahualam bi sawab.
Sumber klip gambar: sampaikanlah.com dan iluvislam.com

Tuesday, October 19, 2010

I though


wow...baru sekarang terdetik nak blog kembali.
dah lama sy bt blog ni tapi masih belum aktif lg..
banyak keja yg perlu sy lakukan.
Alhamdulillah saya ada sedikit masa nak sambung kembali ceritera sy..eseh

hidup ni kelihatan pelik.
kadangkala kita gembira..
kemudian sedih lalu menangis sampai dunia pun banjir..haha
 ada yg mampu dan sebaliknya
Ada yg aman dan ada perang
pelbagai perkara yg kita jumpa sepanjang pjalanan kedewasaan ini
siapa manusia yg xpernah ada masalah?
sudah tentu org yg xmampu bfikir..
sebab org yg xmampu bfikir 2 x akan fikir ttg kesusahan
tetapi org yg berakal adalah org yg berfikir kesusahan itu mudah
dan insyallah masalah yg dhadapi kelihatan mudah..
bagaimana hendak menempuhi kesusahan @ dugaan?
bunuh diri?
makan sampai puas kemudian 'bertemankan' diabetes/obesity sepanjang hidup?
minum arak sehingga pengsan?
(ade ke org pengsan minum arak??)

Dugaan itu sentiasa ada
tujuannya adalah untuk membantu kita memperbaiki diri
kita tidak tahu setakat mana tahap kekuatan kita
samada dari segi iman dan aqidah
fizikal dan mental
rohani dan emosi

bagi yang beragama
kembali kepada fitrah adalah sifat insan
memohon pertolongan dari Yang Esa
meluahkan segala gundah di dalam hati
menangis hanya kepada-Nya 
kerana Dia-lah yang memberi dugaan tersebut
tanda kasih dan cintanya..

Percaya atau tidak..
kebanyakan Insan hanya mengingati Tuhan hanya apabila ditimpa musibah...
Sedangkan Tuhan selalu mengingati kita.
Fikirkanlah..

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
 (al-Baqarah: 286)
sumber: sampaikanlah.com


 

Search This Blog

Daisypath Wedding tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers