Jom Pakat ramai2...

Wednesday, August 31, 2011

Perutusan Khas..(Selamat Hari Raya semua~)


Alhamdulillah selesai bulan Ramadhan. kini menjelangnya syawal. Hmm, amat sedih untuk meninggalkan bulan ramadhan ini. Ku tinggalkan ramadhan dengan penyesalan tak terhingga. Hanya Allah SWT yang tahu gelodak hati ini.. Ramai kawan-kawan yang hantar mesej mohon maaf, 0-0 la, n macam2 lagi..manusia semakin kreatif untuk mencipta mesej yang comel, yang mengharukan dan ada juga yang mengarut.. Hari raya tak lepas daripada lafaz, MAAF. Perkataan ini agak sinonim kan dengan aidilfitri..


Saya dengan senang akan katakan, "saya maafkan kau"..but dalam hati, Allah SWT tahu kebenarannya.  Bukan mudah untuk memaafkan kesilapan orang lain terhadap kita. Hanya yang ikhlas sahaja dapat melakukannya.  Walaupun kita mengatakan bahawa kita telah memaafkan 'beliau', jika masih ada rahsia yang tersirat, tidak diluahkan..dendam itu pasti akan sentiasa membara dan kemuliaan MAAF itu tidak akan terserlah sedikit pun..

  
Betapa manusia ini hipokrit..seperti diri saya ini sendiri. saya katakan bahawa "owh, its okay,", "no hal", "takpe2", "saya maafkan kau", and etc..maybe yes saya benar-benar maafkan dan mungkin juga tidak sebab malas nak memanjangkan masalah yang serabut dan menyerabutkan. Kita patut belajar memaafkan dan melupakan kesilapan orang lain tetapi mengambil iktibar kesilapan tersebut. Maknanya, jangan mengungkit-ungkit...:) Sekian, Assalamualaikum dan salam raya...





Wednesday, August 24, 2011

Beginilah kehidupan..

Belajar berfikir secara positif..jangan diturutkan emosi. Bukan kehidupan namanya kalau tiada dugaan..Belajarlah menjadi orang yang tabah dan kuat...Kalau asyik merintih tetapi tidak ambil iktibar, memang engkau tergolong dalam golongan yang rugi dan aku tidak sekali-kali akan mendekati mu lagi kerana aku tidak mahu dipengaruhi sikap negatif mu. 

Tuesday, August 2, 2011

Pray on time..:) As a muslim, there is a way for us to recharge ourselves. 

Saturday, July 30, 2011

BERDIRI BULU ROMAKU


Lagu Kegemaranku..hahaha lagu lama ni..like3..:)

Berdiri bulu romaku
merinding kulit tubuhku
Pandainya dia berpujangga
cinta khusus buatku
katanya sepanas matahari

Keringat dingin meluncur
Si dia kecup keningku
meledak rasa dalam dada
Aduh.. mana tahan
dag dig dug dalam jantungku

Reff :
Hey berdiri mak bulu romaku 2x
Bila kudengar janji-janjinya
katanya cintanya seteguh tugu monas

Hey berdiri mak, bulu romaku 2x
Mengepul sumpah dan janjinya
katanya dia tak kan gentar
badai laut selatan
merinding aku jadinya


Tuesday, July 26, 2011

Kenapa?


Kenangan masa lalu adalah untuk dikenang, bukan untuk ditangisi kan?

Aku tak tahu nak jawab apa seh..soalan yg agak sukar ku jawab.  Mungkin benar soalannya. kenapa harus menyesal apabila kita telah melakukan yang terbaik.  Bertawakal kepada Allah selepas melakukan sehabis baik. Allah SWT pasti berikan ganjaran setimpal dengan usaha kita. Tetapi ada yang tidak bersyukur. Mungkin kita telah berusaha bersengkang mata siang dan malam tetapi orang lain yang kurang berusaha pula yang mendapat peluang tersebut.  Allah SWT Maha Mengetahui.  Dia tahu apa yang terbaik buat diri kita. Boleh jadi apa yang kita mahu dan suka itu bukanlah yang sesuai untuk kita. :)

x best la hujan ni...x dapat main 'bubut-bubut'..
(bubut-bubut dalam bahasa sukuan Dusun Sabah b'maksud kejar-kejar)

Subhanallah.  Rupa-rupanya Allah SWT nak bagi kita tengok pelangi yang cantik itu. 

Kemana?

Lumpur dan debu menyelimuti ku
Cebisan kaca menusuk hati
Darah hitam pekat dan beku
Keras tak tercalar
Menelusuri masa yang berlalu
Pedih!
Sakit!
Dari mana asalku?



Sunday, July 17, 2011

Masa yang berlalu

Alhamdulillah, dengan rahmat Allah swt yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani hamba-Nya, aku masih dapat berjalan di muka bumi ini. Aku masih dapat merasai nikmat yang Allah SWT berikan kepada ku.  Aku terfikir sejenak, berapa banyak masa yang aku bazirkan sepanjang usia ku ini? Adakah aku telah gunakan usiaku sebaik-baiknya? Masa bagi manusia sangat penting.  Kenapa? Masa yang berlalu tidak akan berulang lagi.  Kita tidak mampu mencapai atau kembali ke masa lalu. Sungguh masa untuk beramal sangat singkat.  Mungkin aku tiada lagi di dunia ini sebentar lagi. Kalau bukan aku, mungkin kamu atau orang lain. Bersediakah kita untuk alam yang seterusnya?

Bunga yang cantik akan layu juga akhirnya. Tetapi berita kecantikan dan wangi keharumannya tidak akan pernah lupus.

Monday, May 9, 2011

Siapa salah??

Alkisahnya pun~
SOALAN: kenapa perlu muhasabah diri?


AKAL LOGIK pun berkata : Supaya kita dapat perbaiki diri.


SOALAN LAGI : Tetapi ramai orang yang masih menyalahkan 'diri ini' walaupun telah muhasabah diri.


AKAL LOGIK pun berkata : Sebab 'diri' ini tidak mengambil iktibar daripada kesilapan yang telah dilakukan dan terus menyalahkan orang lain.  walhal, semua itu bermula daripada 'diri ini' sendiri.  Mengapa kita mampu merasa kenyang? sebab kita makan sehingga kenyang.  Sama seperti 'diri ini'.  

Friday, April 8, 2011

Hari Pelanggan IPG KPI 2011-04-08

Alhamdulillah, Hari pelanggan IPG KPI telah diadakan pada hari ini. Semua EXCO Jawatankuasa Perwakilan Pelajar telah terlibat di dalam menjayakan program ini. Saya pula telah terlibat dengan Kumpulan Pekomperi (Persatuan Kompang Kontemporari). Kami membuat paluan kompang untuk menyambut VIP. Bestnya~ pastu sy terlibat dengan Pameran exco AKADEMIK..hihi ada byk sudut yg dsediakan. Such as sudut ilmu, sudut teka ketebalan buku, sudut shoot2 n sudut tekak-tekik(teka-teki sebenarnya..) saya menguruskan sudut 'SHOOt-SHOOt'.. hahhaa tembak-tembak..bukn main paintball k..caranya, stiap pengunjung yg bminat nak bmain ni kna shoot roda warna-warna..if any colour yg kna shoot 2, korg kna jawab soalan yg dibacakan oleh SAYA~..best giler weh bt syko dgn budak2 yg main ni,..muahahaha..! ada yg pucat mjawab soalan, ada yg lari sbb xdpt jwb soalan..haha n yg the best is, kitorang kenakan YDP..sori ek wahai Tuan YDP..hihi saja ja mo bgurau dgn YDP..YDP kita ni sporting~ so comel bgitu..hehe YDP dpt soalan Matematik k..spatutnya kami bg 1 soalan ja..tp adik Afiq, klas math, tnya soalan lg..ahahah..soalan pertama senang saja.. tambah2 nombor ja..wakakak..soalan kdua yg bengong skit..hihi ksian dgn YDP..tp kitorang bg hadiah coklat bbentuk hati..(sy pun mauu~)..ketua kitorang yg bg..adik Arif..:) 2 la yg the best ari ni..and Alhamdulillah, sy rasa gmbira saja hari ni…yeah..:)


 


 


 


 


 

SOALANNYA,


 

"Bagaimanakah lapan nombor 8 disusun sehingga mendapat hasil 1?"    


 

Hahaha..cuba la korg cuba try test mjawab soalan ni..hihihi sepa ambil addmath insyallah dapat jawab..:)

Friday, March 18, 2011

Jom bermain!!

sambungkn mna yg brkenaan... X)

i) Pilih bulan kelahiran anda:
Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar

ii) Pilih nombor hari jadi anda:
1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan Ipin
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan

iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:

Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat

KONGSI JAWAPAN ANDA~hehe

Jiwa Hampa Tanpa Cinta

Jika sesiapa yang meminta kasihmu, katakanlah ia hanya pada Allah.
Jika sesiapa meminta cintamu, katakanlah ia hanya pada Rasulullah.
Jika sesiapa yang meminta rindu & sayangmu, katakanlah ia hanya untuk IBU dan AYAH..
dan jika sesiapa yang meminta tempat DI HATIMU,
berikan ia hanya kepada orang yang benar-benar
  MENGHARGAI DIRIMU..

Ayat yang diculik dr kawan ku..
MAAF...



Syair Harun Al-Rasyid

Abaikanlah hati dari kecintaan dunia
Janganlah kamu tamak dalam hidup di dunia ini
Janganlah kamu menimbun harta di dunia
Pengumpul harta tak tahu nasib selanjutnya
Rezeki sudah dibagi oleh Tuhan yang Maha Kuasa
Maka berburuk sangka itu tak ada gunanya
Orang miskin adalah mereka yang memiliki banyak harapan
Orang yang kaya adalah mereka yang redha pembagiaan

Dr.Mustafa Murad.Terjemahan Syahrin bin Jasah. Dialog Malaikat Maut dengan Para Nabi. (2010) Pustaka Al Shafa. Kuala Lumpur. ms 11.


Thursday, March 17, 2011

Bila mata perhatikan...

Bila seseorang sedang bercakap dengan kamu dan kamu tidak memahami butir-butir maklumat yang disampaikan, jangan kamu menyampuk dan mengkritik "saya tidak faham dengan apa yang kamu cakap". Apatah lagi kamu memberi komen negatif pada awal perbualan.  Boleh jadi, dia sedang cuba menyampaikan maklumat tetapi tidak mampu menyampaikan secara lisan. Bila kita lakukan perkara ini, individu itu mesti terasa hati dan hilang 'mood' untuk berbicara.  Bertanyalah dahulu sebelum menghukum. Bantu dia menyampaikan maklumat dengan lebih baik. 

komen negatif ialah komen yang tidak mampu memberi anjakan paradigma. Komen negatif ini hanya merendahkan rasa harga diri  (esteem diri) individu yang dikritik.

Jika kamu tidak suka dengan orang yang bercakap dengan kamu,  jangan biarkan perasaan menguasai akal. Sebab, orang yang perbuatan/percakapannya mendahului akal adalah orang yang tidak berfikir.


Wednesday, March 16, 2011

Angin

Telah ku serahkan kembali cinta itu pada-Nya,
Aku tak perlukan lagi cinta itu,
Telah ku tinggalkan jauh,
Tersadar ku pabila tersadai di bayu angan,
Cinta itu bukan milikku,
Tali dibuat dipegang digunting sendiri,
Wajarkah ku menyapa pada angin lalu?
Enggan ku berpaut pada benang yang basah itu lagi,
Hatiku berlapang seluas angin,
Rela ku pada-Nya...
Hanya pada-Nya,
dan hanya pada Dialah yang ku rela..

Pelangi Kehidupan

Ada satu yang hilang
Didalam hatiku
Mengusik lara hati
Saat menginginkanmu
Terapung seluruh jiwaku
Sejak kau pergi
Dan aku hanya diam
Biarkan kau menghilang
Dan untuk selamanya


Kini haruskah aku sendiri
Tanpamu lagi
Temani hari aku
Lihat hatiku merintih diri
Menantikan mu
Dalam pelukanku

~Madah Si Pena~

"..Sasterawan tidak saja mencanaikan imaginasi, menggetus minda dan nilai manusia, menggarap misteri dan keindahan malah juga mengimbaukan lowongan sendu dan kesyahduan. 
Debar dan gelodak rasa sang sasterawan menyerlahkan dunia seribu cerita, 
dari pada percikan keriangan hinggalah yang gundah-gulana. 
Sasterawan mampu mengajak kita berkongsi pengalaman, juga memberikan kita keinsafan dan pengajaran selain adakalanya melalui dan mengkhayalkan.." 
A.SAMAD SAID



Saya berfikir lagi..

Pengalaman mengajar kita erti kehidupan. Lebih banyak dugaan/pengalaman yang kita tempuhi, banyak ilmu  dan pengajaran kita peroleh.  Allah SWT anugerahkan akal kpd manusia untuk berfikir.  Malang sungguh bagi mereka yang tidak menggunakan anugerah yang telah diberikan sebaik-baiknya. Pernah kah kita terfikir tentang ibu kita saat kita berjauhan? Tiba-tiba kita mendapat panggilan telefon drpd Ibu kita.  Kekuatan fokus fikiran kita terhadap sesuatu/seseorang membuatkan mereka mengingati kita. Apa kaitan fokus dengan akal?  Di dalam kehidupan ini, manusia mudah terpengaruh oleh gaya pemikiran sendiri.  Apabila kita menanggapi sesebuah perkara dengan andaian negatif, maka hasil daripada perkara itu pun negatif.  Tetapi sebaliknya bila kita fikir positif tentang perkara yang sedang dihadapi, insyallah kita boleh memberikan hasil yang terbaik "dari ladang". Amat penting sikap keyakinan dalam setiap langkah kita.  segala masalah itu boleh diselesaikan dan tiap-tiap masalah itu ada hikmahnya.  Setiap gaya pemikiran individu dipengaruhi oleh suasana dan keadaan persekitaran individu. 
Allah SWT tidak sekali-kali memberati seseorang/membebankan seseorang melebihi kemampuan hamba-Nya. Terpulang pada kita untuk berusaha merungkai masalah tersebut.





Search This Blog

Daisypath Wedding tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers