Bila seseorang sedang bercakap dengan kamu dan kamu tidak memahami butir-butir maklumat yang disampaikan, jangan kamu menyampuk dan mengkritik "saya tidak faham dengan apa yang kamu cakap". Apatah lagi kamu memberi komen negatif pada awal perbualan. Boleh jadi, dia sedang cuba menyampaikan maklumat tetapi tidak mampu menyampaikan secara lisan. Bila kita lakukan perkara ini, individu itu mesti terasa hati dan hilang 'mood' untuk berbicara. Bertanyalah dahulu sebelum menghukum. Bantu dia menyampaikan maklumat dengan lebih baik.
komen negatif ialah komen yang tidak mampu memberi anjakan paradigma. Komen negatif ini hanya merendahkan rasa harga diri (esteem diri) individu yang dikritik.
Jika kamu tidak suka dengan orang yang bercakap dengan kamu, jangan biarkan perasaan menguasai akal. Sebab, orang yang perbuatan/percakapannya mendahului akal adalah orang yang tidak berfikir.
No comments:
Post a Comment