Jom Pakat ramai2...

Ceritera Ramadhan 2011

24 Julai 2011, Ahad

"Yeah, minggu depan puasa!," jerit Along. Hish, gembira sakan budak ni.  Aku nak tergelak tengok budak ni melonjat sana-sini. hmm..puasa x lama lagi..Aku dah bersedia kah? Berdebar rasanya menantikan ramadhan tahun ini. Aku masih ABC (Allah bagi cuti~). Sempatkah? 

30 Julai 2011, Sabtu

Pengumuman tarikh mula berpuasa dah ditetapkan iaitu pada 1 Ogos 2011 bersamaan hari isnin. Eh, last day ramadhan 31 Ogos! hahaha aku tak terlibat dengan mana-mana aktiviti sambutan kemerdekaan tahun ni.  Dengar khabar sambutan kemerdekaan Tanah Melayu di gabung dengan Hari Malaysia pada 16 September. Itu lebih baik. Tak lah membazir duit kerajaan. 

31 Julai 2011, Ahad

Huh, bangun dari tidur yang panjang! Aku mimpi minta duit dari mak, nak beli periuk nasi.  Ah, lantaklah! mandi wajib dulu~  Itu yang paling penting. Syarat sah puasa..hihi

"Assalamualaikum papa. Apa khabar Pa?," aku mulakan perbualan seperti biasa.

"Sihat. Hah, kenapa?," soalan cepumas dari ayah aku. Amboi, straight to the point! 

Aku pun straight to the point jugalah, "Pa, saya mau minta duit mau beli periuk nasi untuk kegunaan ramadhan." Fuh, dalam satu nafas sahaja aku jawab..hehe nasib baiklah aku tak pengsan sebab x cukup nafas.hahaha

"Boleh ka?," lagi ayah aku tanya.

"Tapuk-tapuk la," dengan selamba aku jawab..hehe sebenarnya saya tinggal di asrama kampus. Salah satu peraturan kampus ialah dilarang penggunaan sebarang alat elektrik kecuali laptop & printer. Ah, pedulikan semua itu! (n_n)~^

"Bah, petang ni bapa kasi masuk duit," hah, green light dari bapa ku tercinta..hihihih

"Tq pa. I Lap u so much,"...

Tepat jam 6 petang aku pergi W Shopping Mall @ WARTA bersama dengan Yuyu & Nidah Jelaa~. hahaha

Alhamdulillah. Periuk nasi, pemanas air & bekalan makanan dah ku beli..hihihi
Malam ni buat projek di bilik Yuyu...projek masak-memasak. wink2!

1 September 2011, Isnin

Ya Allah, xdapat tdur..Jam menunjukkan tepat jam 1 am. Takut x dpt bangun sahur..Melepas peluang aku untuk hidupkan sunnah Nabi iaitu bersahur kalau terlajak tidur.  Kata orang, 'Terlajak perahu boleh undur, terlajak kata badan binasa, terlajak tidur?? Bangun lewat lahh'..adooiii..

Nasib ada Miza temankan aku berjaga..sambil menikmati cahaya lampu kalimantang@fluorescent yang romantik, kami pun mula mengumpat. Astagfirullah.. As a student yang dah 18++, dunia politik tak dapat dipisahkan.  Walaupun kita cuba tidak memperdulikannya, hakikatnya manusia sentiasa menjaga tepi kain orang lain terutamanya kain sendiri.  Kami adalah bakal pemimpin masa depan, generasi yang akan mewarisi tamadun MALAYSIA ini.  Aku tak nak menjadi hamba di tanah airku. Perbincangan yang serius di antara ku & Miza menyebabkan perut kami berkeroncong..hehe  

Tepat jam 4 am aku tidur selepas sejam Miza tertidur & selepas membangunkan Yuyu..Aku biarkan dia sorang menyediakan sahur. Bertuahlah suaminya nanti dapat isteri yang pandai memasak..haha
Kalau bab memasak, aku surrender! No WAY!! huhuhu


No comments:

Search This Blog

Daisypath Wedding tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers