Jom Pakat ramai2...

Tuesday, July 26, 2011

Kenapa?


Kenangan masa lalu adalah untuk dikenang, bukan untuk ditangisi kan?

Aku tak tahu nak jawab apa seh..soalan yg agak sukar ku jawab.  Mungkin benar soalannya. kenapa harus menyesal apabila kita telah melakukan yang terbaik.  Bertawakal kepada Allah selepas melakukan sehabis baik. Allah SWT pasti berikan ganjaran setimpal dengan usaha kita. Tetapi ada yang tidak bersyukur. Mungkin kita telah berusaha bersengkang mata siang dan malam tetapi orang lain yang kurang berusaha pula yang mendapat peluang tersebut.  Allah SWT Maha Mengetahui.  Dia tahu apa yang terbaik buat diri kita. Boleh jadi apa yang kita mahu dan suka itu bukanlah yang sesuai untuk kita. :)

x best la hujan ni...x dapat main 'bubut-bubut'..
(bubut-bubut dalam bahasa sukuan Dusun Sabah b'maksud kejar-kejar)

Subhanallah.  Rupa-rupanya Allah SWT nak bagi kita tengok pelangi yang cantik itu. 

Kemana?

Lumpur dan debu menyelimuti ku
Cebisan kaca menusuk hati
Darah hitam pekat dan beku
Keras tak tercalar
Menelusuri masa yang berlalu
Pedih!
Sakit!
Dari mana asalku?



Sunday, July 17, 2011

Masa yang berlalu

Alhamdulillah, dengan rahmat Allah swt yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani hamba-Nya, aku masih dapat berjalan di muka bumi ini. Aku masih dapat merasai nikmat yang Allah SWT berikan kepada ku.  Aku terfikir sejenak, berapa banyak masa yang aku bazirkan sepanjang usia ku ini? Adakah aku telah gunakan usiaku sebaik-baiknya? Masa bagi manusia sangat penting.  Kenapa? Masa yang berlalu tidak akan berulang lagi.  Kita tidak mampu mencapai atau kembali ke masa lalu. Sungguh masa untuk beramal sangat singkat.  Mungkin aku tiada lagi di dunia ini sebentar lagi. Kalau bukan aku, mungkin kamu atau orang lain. Bersediakah kita untuk alam yang seterusnya?

Bunga yang cantik akan layu juga akhirnya. Tetapi berita kecantikan dan wangi keharumannya tidak akan pernah lupus.

Search This Blog

Daisypath Wedding tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers