Jom Pakat ramai2...

Thursday, March 17, 2011

Bila mata perhatikan...

Bila seseorang sedang bercakap dengan kamu dan kamu tidak memahami butir-butir maklumat yang disampaikan, jangan kamu menyampuk dan mengkritik "saya tidak faham dengan apa yang kamu cakap". Apatah lagi kamu memberi komen negatif pada awal perbualan.  Boleh jadi, dia sedang cuba menyampaikan maklumat tetapi tidak mampu menyampaikan secara lisan. Bila kita lakukan perkara ini, individu itu mesti terasa hati dan hilang 'mood' untuk berbicara.  Bertanyalah dahulu sebelum menghukum. Bantu dia menyampaikan maklumat dengan lebih baik. 

komen negatif ialah komen yang tidak mampu memberi anjakan paradigma. Komen negatif ini hanya merendahkan rasa harga diri  (esteem diri) individu yang dikritik.

Jika kamu tidak suka dengan orang yang bercakap dengan kamu,  jangan biarkan perasaan menguasai akal. Sebab, orang yang perbuatan/percakapannya mendahului akal adalah orang yang tidak berfikir.


Wednesday, March 16, 2011

Angin

Telah ku serahkan kembali cinta itu pada-Nya,
Aku tak perlukan lagi cinta itu,
Telah ku tinggalkan jauh,
Tersadar ku pabila tersadai di bayu angan,
Cinta itu bukan milikku,
Tali dibuat dipegang digunting sendiri,
Wajarkah ku menyapa pada angin lalu?
Enggan ku berpaut pada benang yang basah itu lagi,
Hatiku berlapang seluas angin,
Rela ku pada-Nya...
Hanya pada-Nya,
dan hanya pada Dialah yang ku rela..

Pelangi Kehidupan

Ada satu yang hilang
Didalam hatiku
Mengusik lara hati
Saat menginginkanmu
Terapung seluruh jiwaku
Sejak kau pergi
Dan aku hanya diam
Biarkan kau menghilang
Dan untuk selamanya


Kini haruskah aku sendiri
Tanpamu lagi
Temani hari aku
Lihat hatiku merintih diri
Menantikan mu
Dalam pelukanku

Search This Blog

Daisypath Wedding tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers